Senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor

Bagi mereka yang sedang mencari senarai sekolah kluster kecemerlangan di daerah sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor, dapatkan pilihan di dalam artikel ini serta pilihan rumah berdekatan yang anda boleh cuba.

Sebagai ibu bapa yang inginkan pendidikan yang terbaik untuk anak mereka, pastinya anda juga inginkan sekolah yang terbaik bagi mereka untuk menimba ilmu. Dengan kewujudan sekolah kluster iaitu satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid, ia merupakan salah satu pilihan utama oleh ibu bapa.

Lokasi sekolah ini juga menjadi salah satu faktor penting bagi ibu bapa untuk tinggal berdekatan dengan sekolah anak-anak mereka. Ia boleh menjadi faktor penting terutamanya dari aspek keselamatan bagi anak-anak yang masih lagi bersekolah rendah. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan serta kawasan rumah yang berdekatannya.

Senarai sekolah kluster di Kuala Lumpur

Bukan sahaja terkenal dengan kawasan yang padat serta menjadi tumpuan peluang pekerjaan, Kuala Lumpur juga menawarkan peluang pendidikan yang menarik bagi mereka yang tinggal di kawasan ini.

Bagi mereka yang memilih untuk tinggal di sini, salah satu kelebihan utama adalah kemudahan pengangkutan awam dan hiburan sangat mudah untuk ditemui di mana-mana di Kuala Lumpur. Berikut merupakan beberapa senarai sekolah menengah dan sekolah rendah yang tersenarai sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, terdapat beberapa kawasan utama yang mempunyai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Jom kita lihat senarai kawasan yang terlibat serta senarai pilihan rumah di sekitar kawasan ini.

Bukit Nanas

Salah satu tarikan kawasan Bukit Nanas ialah hutan hujan tropika yang terletak di dalam kawasan ibu kota. Dulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nanas, kawasan ini telah dinamakan sebagai Taman Eko Rimba Kuala Lumpur atau KL Forest Eco Park dan dibuka kepada orang ramai.

Kawasan Bukit Nanas juga mempunyai dua buah sekolah yang dikatakan telah ditubuhkan sejak zaman British lagi iaitu St John’s Institution dan Convent Bukit Nanas. Berikut merupakan senarai sekolah di kawasan ini yang tersenarai sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.

1. SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur

2. SMK St John, Kuala Lumpur

Pusat Bandar Kuala Lumpur (City Centre)

Pusat Bandar Kuala Lumpur tidak terkecuali daripada mempunyai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Bukan itu sahaja, City Centre atau juga dikenali bandar di dalam bandar ini juga turut mempunyai tarikan bangunan berkembar. Berikut merupakan senarai sekolah

1. SJK(C) Chung Kwok

2. SMK Victoria, Kuala Lumpur

3. SMK (L) Methodist, Kuala Lumpu

Jika anda ingin mencari kediaman yang serba lengkap dengan kemudahan moden, kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur merupakan pilihan yang paling sesuai. Jika kena dengan tempatnya, mungkin anda akan menikmati keindahan bangunan KLCC hanya dari kaca tingkap anda!

Bukit Bintang

Bagi mereka yang gemarkan hiburan dan membeli belah, kawasan Bukit Bintang tidak asing lagi dengan pusat membeli belah seperti Berjaya Times Square dan Plaza Sungei Wang. Tahukah anda, Bukit Bintang juga mempunyai sekolah yang tersenarai sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu:

1. SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur

Jika anda memilih kawasan ini, bukan sahaja ia dekat dengan pusat membeli-belah, malah sistem pengangkutan awam seperti monorel dan MRT juga mudah diakses di stesen Bukit Bintang.

Bukit Jalil

Sebut sahaja kawasan Bukit Jalil, pasti anda akan terbayangkan sorakan penyokong yang meriah di salah satu tarikan utamanya, Stadium Sukan Bukit Jalil. Tidak hairanlah jika kawasan ini juga mempunyai Sekolah Kluster Kecemerlangan berasaskan sukan iaitu:

1. SM Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Selain daripada tarikan daripada aspek sukan, Bukit Jalil juga mempunyai pelbagai pilihan bagi kediaman tidak kira rumah untuk disewa atau rumah untuk dijual.

Bandar Tun Razak

Bandar Tun Razak merupakan salah satu kawasan di Kuala Lumpur. Ia dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak. Beberapa kemudahan yang terdapat di bandar ini ialah Stadium Kuala Lumpur dan juga Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Selain itu, Bandar Tun Razak juga tidak terkecuali daripada kemudahan pendidikan apabila dua buah sekolah di kawasan ini tersenarai sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu:

1. SM Teknik Kuala Lumpur

2. SMA Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Cheras, Kuala Lumpur

Cheras berada di Kuala Lumpur atau Selangor? Sebenarnya, sebahagian daripada mukim Cheras berada dalam lingkungan Kuala Lumpur telah dipindahkan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan bagi membentuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur melalui Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur 1974.

Jadi, Cheras telah terpecah menjadi dua bahagian yang berjiran di dalam negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ada kawasan yang berada di Kuala Lumpur dan ada mukim Cheras yang berada di Negeri Selangor.

Selain mempunyai pembangunan yang padat, berikut merupakan senarai sekolah yang berada di kawasan ini:

1. SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur

2. SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur

3. SMA Agama Majlis Wilayah Persekutuan

Cheras juga merupakan pilihan kawasan kediaman yang popular sehingga ia tersenarai di tangga teratas sebagai kawasan rumah sewa di Malaysia yang paling tinggi cariannya pada tahun 2020! Salah satu faktor utama yang menjadi pilihan penduduk untuk tinggal di sini ialah kemudahan pengangkutan awam, pusat membeli-belah dan juga hospital yang dekat. Pendek kata, semuanya serba lengkaplah!

Setiawangsa

Siapa kata Setiawangsa tak menarik? Bukan hanya terkenal dengan pusat membeli-belah seperti AEON AU2 Setiawangsa, malah tempat semula jadi yang menarik seperti Bukit Tabur dan Bukit Dinding. Jika anda tinggal di sini, bukan sahaja anda boleh berhibur secara moden, malah boleh menikmati keindahan dan ketenangan alam semula jadi.

1. SK Setiawangsa

SK Setiawangsa merupakan adalah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Setiawangsa 13, Taman Setiawangsa , Kuala Lumpur, Malaysia. Apa yang menarik, sekolah ini dibina berdekatan dengan taman-taman perumahan kakitangan polis dan tentera.

Jika ini menarik minat anda untuk menempatkan anak anda di sini, jom kita lihat pilihan bagi rumah sewa atau rumah yang dijual di kawasan ini di bawah:

Maluri

Kawasan Maluri yang dahulunya dibangunkan bermula tahun 1960-an, mula melalui fasa pembangunan yang lebih pesat pada awal 2010-an dengan pembinaan perumahan dengan kepadatan sederhana dan kawasan komersial yang mula dibina.

1. SMK Aminuddin Baki

2. SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur

Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kasawari , Kuala Lumpur, Malaysia.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rumah sewa di sini, anda akan mempunyai pelbagai pilihan rumah yang menarik berdekatan dengan sekolah ini.Harga sewa pula bermula daripada hanya RM 1000 bagi rumah teres dengan keluasan 1,170 kaki persergi. Apa yang lagi menarik, jika anda memilih rumah berdekatan dengan Taman Bukit Maluri, jarak ke SK Taman Bukit Maluri ini hanya 200 meter dan 6 minit perjalanan kereta!

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin membeli rumah di kawasan yang berdekatan dengan sekolah ini tidak kira sebagai pelaburan atau untuk tinggal sendiri, anda boleh mendapatkannya dengan harga bermula daripada RM 450 000.

Senarai sekolah kluster di Selangor

Negeri Selangor secara keseluruhannya mempunyai 9 daerah iaitu:

  • Gombak

  • Hulu Langat

  • Hulu Selangor

  • Klang

  • Kuala Langat

  • Kuala Selangor

  • Petaling

  • Sabak Bernam

  • Sepang

  • Selangor

Setiap daripada daerah ini mempunyai tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Kami senaraikan juga Sekolah Kluster Kecemerlangan yang terdapat di daerah-daerah ini

Daerah Gombak

Tahukah anda, sebenarnya Gombak merupakan kawasan di bawah Kuala Lumpur suatu masa dahulu? Sewaktu membentuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, sebahagian kawasan ini telah dibahagikan kepada Daerah Gombak di bawah negeri Selangor Darul Ehsan.

Walaupun merupakan daerah yang termuda terbentuk di Selangor, ia masih lagi tidak ketinggalan daripada segi pembangunan dan juga kemudahan pendidikan. Malah, dua buah sekolah telah tersenarai sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu:

1. SK Taman Melawati

2. SK Taman Melawati Dua

Bukan sahaja kemudahan pendidikan, ia mempunyai kemudahan awam lain yang lengkap seperti balai polis, hospital kerajaan serta mahkamah. Malah, Zoo Negara juga berada di daerah ini sebagai salah satu tarikan utama pelancong. Anda pasti selesa dengan pelbagai kemudahan yang disediakan jika tinggal di kawasan berdekatan dengan daerah Gombak.

Daerah Petaling, Selangor

Apa yang unik, dalam daerah Petaling, terdapat tiga pentadbiran bandar utama iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ia dikatakan antara daerah yang termaju di negeri Selangor.

Subang Jaya

Subang Jaya merupakan bandar ketiga terbesar yang terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia, dalam kawasan Lembah Klang selepas Petaling Jaya dan Shah Alam (ibu negeri Selangor).

Bagi mereka yang memilih untuk menghantar anak mereka ke sini, terdapat beberapa pilihan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang boleh didapati di bandar ini iaitu:

1. SK Subang Jaya

2. SK Seafield

3. SK Seri Selangor

4. SK USJ 2

5. SK USJ 20

6. SKJC Tun Tan Cheng Lock

7. SMK USJ 12

8. Sekolah Agama Menengah Bestari

9. SMK Seafield

Bagi mereka yang merancang untuk menyewa atau membeli rumah di sini, Subang Jaya menawarkan pilihan kediaman yang berbaloi. Dengan harga sewa bermula daripada RM 650, anda boleh mendapatkan apartment kecil untuk keluarga anda. Bagi mereka yang ingin membeli rumah, anda boleh bermula dengan flat kecil dengan harga bermula hanya RM 102 000.

Shah Alam

© hafiz ismail/EyeEm | Getty Images

Shah Alam pernah terkenal dengan panggilan nama ‘Bandar Perindustrian’ kerana tertubuhnya kawasan-kawasan perindustrian yang berkembang pesat. Sedikit fakta menarik, Shah Alam telah mengiktiraf secara rasmi bunga Anggerik sebagai bunga rasmi bagi bandar ini.

1. SK Bandar Anggerik

2. SK Seksyen 13

3. SK TTDI Jaya

Jika anda bercadang untuk mendapatkan rumah sewa berdekatan dengan Shah Alam, harga sewa bulanan boleh bermula dengan RM 850 bagi sebuah apartment kecil dengan keluasan 736 kaki persegi. Seterusnya, pilihan rumah untuk dijual pula bermula daripada RM 110 000 bagi apartment di lokasi Sunway Sinar, Sunway Kayangan, Shah Alam. Ia merupakan harga yang cukup berbaloi dengan kedudukan bandar Shah Alam yang pesat dan strategik ini.

Petaling Jaya

Petaling Jaya atau PJ telah dinaik taraf sebagai sebuah bandar raya pada tahun 2006. Ia terletak strategik di zon perindustrian antara Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang. Bukan sahaja perindustrian, Petaling Jaya juga menyediakan kemudahan pendidikan bagi pelajar di daerah ini dan beberapa buah sekolah di daerah ini telah tersenarai sebagi Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu:

1. SMK Damansara Utama

2. SMK Katholik (M), Selangor

3. SMK Damansara Jaya, Selangor

4. SMK Bandar Utama Damansara 3, Selangor

5. SK Kelana Jaya 1

6. SKJC Puay Chai 2

Dengan lokasi yang strategik dan kemudahan pendidikan yang disediakan, ia merupakan pilihan yang baik bagi ibu-bapa yang bekerja dalam perindustrian dan juga mempunyai anak yang masih bersekolah untuk menetap di sini. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air! Dekat dengan tempat kerja, dekat juga dengan lokasi sekolah anak-anak.

Sungai Buloh

Tahukah anda, Sungai Buloh merupakan kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Bagi penggemar tanaman bunga, Sungai Buloh menawarkan banyak pilihan nurseri bunga. Pasti anda rambang mata jika datang ke sini!

Sungai Buloh juga tidak terkecuali daripada mempunyai sekolah yang tersenarai sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu:

1. Sk Bukit Rahman Putra

2. SK Saujana Utama

Jika anda ingin menetap di sini, anda akan menikmati kemudahan awam seperti Hospital Sungai Buloh, pusat membeli-belah dan juga MRT Sungai Buloh. Tidak perlu ke pusat bandar yang sibuk untuk menikmatinya di Sungai Buloh.

Daerah Klang, Selangor

Sebut sahaja daerah Klang, Selangor pasti terbayangkan Sungai Klang mengalir di daerah ini serta Pelabuhan Klang yang sibuk. Daerah ini diuruskan Majlis Perbandaran Klang yang menguruskan kawasan di sekitar antaranya Pelabuhan Klang, Pandamaran, Kapar, Meru dan Bandar Sultan Sulaiman. Tahukah anda, Daerah Klang juga memiliki beberapa pulau seperti Pulau Ketam, Pulau Indah dan Pulau Carey.

Tidak terhad hanya dengan aktiviti perindustrian yang pesat, daerah Klang juga menawarkan kemudahan pendidikan Sekolah Kluster Kecemerlangan seperti berikut:

1. SAMT Sultan Hisamuddin

2. SK Convent (1) (M), Klang, Selangor

3. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Lima, Klang

Kediaman sewa di daerah ini ditawarkan pada harga semurah RM 650 bagi flat kos sederhana yang dilengkapi 3 bilik dan 2 tandas di Pelangi Indah, Klang. Ia merupakan harga yang sudah cukup berbaloi sekiranya anda merupakan keluarga yang kecil dan ingin menyewa di daerah ini.

Jika ada yang ingin menceburi pasaran lelong di daerah Klang, harga rumah yang ditawarkan di pasaran rumah lelong di daerah ini cukup rendah, dengan harga bermula daripada hanya RM 27 000. Namun, pastikan anda mempunyai ilmu yang cukup sebelum membeli di pasaran lelong ini kerana ia mempunyai risiko dan kelebihannya yang tersendiri.

Daerah Hulu Langat, Selangor

Daerah Hulu Langat merupakan daerah ke-5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini ialah salah satu daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor dan lokasinya terletak di dalam kawasan Lembah Klang.

Daerah ini juga mempunyai beberapa mukim iaitu Mukim Ampang, Mukim Beranang, Mukim Cheras, Mukim Ulu Langat, Mukim Ulu Semenyih, Mukim Semenyih dan Mukim Kajang.

Dari 7 mukin di Hulu Langat, hanya 2 mukim iaitu Mukim Cheras dan Mukim Kajang yang mempunyai Sekolah Kluster Kecermerlangan di daerah ini iaitu:

Kajang

Sebut sahaja Kajang, teringat pula makanan popular, Sate Kajang! Sebenarnya, Kajang merupakan sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Lokasi mukim terletak bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang.

Berikut merupakan senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan yang berada di kawasan ini:

1. SK Convent (M), Kajang

2. SMKA Maahad Hamidiah

3. SMK Convent(M) Kajang

Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi merupakan bandar terancang kedua di Malaysia selepas Shah Alam dan juga dikenali sebagai Bangi Bandar Ilmu. Tidak hairanlah jika ada sekolah di kawasan ini yang dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan seperti berikut:

1. SK Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Bangi

2. SK Jalan Empat

Cheras, Selangor

Jika sebelum ini, kita kongsikan senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan di Cheras, Kuala Lumpur, kali ini kita kongsikan senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan di Cheras, Selangor pula!

1. SK Taman Puteri

2. SAM Hulu Langat

Dari sudut lokasi rumah, daerah Hulu Langat menjadi tumpuan banyak bandar-bandar yang maju dan berkembang pesat, malah mukim Ampang dan Cheras menjadi salah satu 5 kawasan rumah sewa yang paling dicari di Lembah Klang pada tahun 2019.

Malah, mukim Ampang berada di tempat ke 6 bagi kawasan kediaman paling popular di Malaysia pada tahun 2020. Bukan itu sahaja, mukim Cheras juga berada di tempat ke-4 kawasan yang paling dicari oleh pembeli rumah di Malaysia.

Daerah Kuala Langat, Selangor

Sebut sahaja Pantai Morib yang terkenal, siapa tidak tahu kedudukannya di daerah Kuala Langat. Malah, asal usul nama Kuala Langat juga dikaitkan dengan satu sumber lisan menyatakan terdapat banyak ikan Selangat di dalam sungai tersebut. Kemudian, nama langat dikaitkan dengan banyaknya ikan Selangat yang terdapat di sungai itu.

Di daerah ini hanya terdapat sebuah sekolah yang tersenarai sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu SK Sri Langat, yang terletak hanya 2.3 km dan 5 minit perjalanan menaiki kereta di bandar Banting. Daerah ini diuruskan di bawah kuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Berikut merupakan senarai pilihan rumah yang ada bagi daerah ini:

Daerah Sabak Bernam

Sabak Bernam, seunik namanya dikatakan dibuka oleh enam orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama “Sabak Bernam’ yakni ‘sahabat berenam. Benar atau tidak, ia merupakan sebuah daerah yang cukup menarik.

Malah, beberapa buah sekolah di daerah ini turut tersenarai sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu:

1. SBPI Sabak Bernam,

2. SMKa Simpang Lima

3. SK Seri Makmur

4. SMKA Tun Rahah

Daerah Hulu Selangor

Hulu Selangor yang merupakan Hab Automotif Negara terletak di utara Negeri Selangor. Daerah ini mempunyai dua buah sekolah yang tersenarai sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu:

1. SK Kuala Kubu Bharu Dua

2. SK Lembah Beringin, Selangor

Daerah Kuala Selangor

Daerah Kuala Selangor mempunyai 9 mukim dan kebanyakan penduduk bergantung kepada sektor pertanian, sektor swasta dan juga sektor kerajaan. Beberapa buah sekolah di daerah ini turut tersenarai sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu:

1. SMKa Kuala Selangor, Selangor

2. SK Saujana Utama

3. SK Puncak Alam Dua, Bandar Puncak Alam

Daerah Sepang

©Sepang Municipal Council

Sebut sahaja Sepang, pasti terbayangkan Litar Antarabangsa Sepang yang bukan sahaja terkenal di Malaysia malah hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut berada di daerah ini. Tidak hairanlah jika salah satu senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan di daerah ini ialah SK KLIA seperti berikut:

1. SK Cyberjaya

2. SK KLIA

3. SK Taman Seroja

Dengan pelbagai peluang pekerjaan di sini, tidak hairanlah sekiranya ia menjadi kawasan pilihan kediaman bagi pekerja-pekerja di sini.

Senarai sekolah kluster di Putrajaya

Wilayah Persekutuan, Putrajaya, tidak asing lagi sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia. Ia dirancang sebagai taman dan bandar pintar, 38% kawasan telah dikhaskan untuk kawasan hijau dengan menekankan peningkatan landskap semula jadi.

Bukan sahaja dari segi kelestarian alam, Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai sistem pendidikan yang baik dan tersenarai sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan seperti berikut:

1. SMK Agama Putrajaya

2. SK Putrajaya Presint 8(2)

  • Jarak ke bandar Putrajaya mengambil masa 11 minit perjalanan kereta dan 4.5 kilometer

3. SK Putrajaya Presint 16(2)

  • Jarak ke bandar Putrajaya mengambil masa 10 minit perjalanan kereta dan 3.4 kilometer

4. SK Putrajaya Presint 11(2)

  • Jarak ke bandar Putrajaya mengambil masa 19 minit perjalanan kereta dan 9.8 kilometer

5. SK Putrajaya Presint 18(1)

  • Jarak ke bandar Putrajaya mengambil masa 7 minit perjalanan kereta dan 2.2 kilometer

Disebabkan kawasan ini merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, kebanyakan penduduk di sini merupakan kakitangan awam dan kerajaan. Malah, pelbagai skim dan bantuan perumahan kerajaan bagi kakitangan awam turut ditawarkan di kawasan ini.

Anda boleh melihat pilihan rumah ini di kawasan seperti berikut:

Kami harap senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan ini boleh membantu bukan sahaja pilihan yang terbaik bagi anak anda, malah kediaman yang sesuai jika anda memilih untuk tinggal berdekatan dengan sekolah di mana tempat mereka menimba ilmu. Apapun pilihan anda, kami ucapkan semoga berjaya! (SUMBER IPROPERTY.COM.MY)