Azhar Mohd
Latar Belakang
Assalamualaikum/Hai,
Azhar Mohd adalah Perunding Hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah & Pengurus Harta (LPPEH). Kini bernaung di bawah agensi hartanah berdaftar iaitu IQI Realty Sdn. Bhd.
Selama lebih 6 tahun menjadi Perunding Hartanah, telah bantu selesaikan masalah lebih 100 pemilik rumah dalam jual rumah mereka.
Ada pemilik rumah yang alami masalah perceraian, rumah hampir dilelong, bakal dilelong kembali, masalah penama dalam geran yang telah meninggal dunia, masalah modal dalam perniagaan dan bankrap.
Ada orang yang sudah agak lama sewa rumah, nak beli rumah. Selepas duduk sewa rumah dalam suatu tempoh masa macam 3 hingga 5 tahun, dia ingin beli rumah. Punyai rumah sendiri. Masa inilah dia ingin beli rumah.
Ada pembeli rumah nak upgrade beli rumah baru. Mungkin dia dah punyai rumah seperti rumah flat, nak upgrade beli rumah apartment. Dia dah beli rumah apartment, nak upgrade beli rumah landed single storey. Dia dah beli rumah landed single storey, nak upgrade beli rumah landed double storey. Dia dah beli rumah landed double storey, nak upgrade beli rumah end lot double storey. Dia dah beli rumah end lot double storey, nak upgrade beli rumah corner lot double storey. Dia dah beli rumah corner lot double storey, nak upgrade beli rumah semi detached. Dia dah beli rumah semi detached, nak upgrade beli rumah banglo.
Alhamdulillah semua masalah mereka selesai setelah bantu jualkan dan belikan rumah mereka dengan jayanya.
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Punyai ijazah Master in Business Administration (MBA) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Setelah graduasi, bekerja sebagai Jurutera di bidang Oil and Gas selama 8 tahun. Pada masa ini, berjaya beli beberapa buah rumah. Seterusnya berhenti kerja untuk ceburi bisnes kereta sewa pandu sendiri selama 6 tahun. Pada masa ini, kenal erti pengurusan bisnes, sebelum tutup pada tahun 2020, iaitu tahun negara dilanda penularan wabak virus Covid-19.
Mulai kerjaya Perunding Hartanah pada tahun 2018 secara part time. Setelah dapati peluang yang lebih baik dan hasil lumayan, terus jadi full time pada 2019. Atas kesedaran untuk tingkatkan ilmu dalam bidang Real Estate, timba ilmu di Institut Penilaian Negara (INSPEN) di Kajang, Selangor selama 1 tahun dan 4 bulan. Ini bolehkan miliki Certificate of Estate Agency dan layakkan diri sebagai Probationary Estate Agent (PEA) dengan pendaftaran PEA3736.
Alhamdulillah, dengan kelebihan ilmu dan pengalaman serta minat yang mendalam dalam property dan kerjaya ini, insya-Allah terus fokus dan komited tanpa jemu membantu para tuan rumah dan pembeli.
Saya adalah rakan urusan jual beli rumah anda!
Beli Rumah
Setiap kemahuan ada step-by-step nya. Saya boleh bantu.
Jual Rumah
Soalan saya, adakah anda ingin jual rumah dengan pantas dan jayanya?


To check market value
Contact Info
IQI Realty Sdn Bhd
No. 58-1 Jalan Bola Tampar 13/14
Seksyen 13
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
M: 019-986 2173
E: azhar@salahproperty.com.my
www.salahproperty.com.my